d selat

semalamkan seharian tebongkang kat rumah kerana kedemaman. demamtonsil. Oh adekah perkataan tersebut dlm kamus dewan? x. thanks.

Maghrib2 tu rasa sgt lapar, tp kepala sangat berat.. nk online pon tak mampu.. hanya mampu online petang2 hari..itu pon taip sebelah tgn. tgk! da nazak2 camtu pon tetap internet nombor satu. haha!! yerk ah! sapalah anot tanpa internet  dol! Kemudian… treeet tenenet teeenetttt! aaa camtu ah lebeh kurang bunyik mesej daripade henpon comel haku yg da stok leh letak kat bundle.

” nak makan lala x?”

err, dalam berpinar2 mata aku tgk alakadar, tp otak ligat pikir.. ahh bestnye makan kat port klang sana… sambil pk berangan2 lalu gelap. [ohh aku tetido ah]. Dalam kol 10 malam, dikejutkan dengan kejutan makhluk tuhan paling tak seksi tu balek awal. Heyy hey!! Pukol 10 malam adalah awal okeh!! oke nottt!! bAgus..

Pastu die btol2 bawak aku pegi makan port klang!! De selat ah op kos, kalo makan kat muara ikan bakar, sana mmglah tepi laut tp selain mahal.. tak sedap pon!!! N this time, mmg luck gila kitorang even dh pukol 10 malam, ikan, sotong, udang, lala, ketam n bla bla still banyakkkkk!!

Dia pilih JENAHAK, udang 5 ekor, Sotong 3 ekor, lala xtau berapa sukatannye. Ewheee!!! Bestnye!!

300620093831

kelapa thailand ni best gila oHhHh..

30062009384

kailan cam biase ah

30062009385

Lala masak serai. Sedap gila siakkk!!

30062009387

udang swit sawe. haha!! cume 5 ekor tp jenuh nk habeskan.

30062009388

Jenahak 3 rasa. weeewit!!

30062009386

Sorry dh tinggal sikit, tak tahan sbb sotong sampai dulu! haha

Harini pon makan seafood lagi, mamat ni kalo da ketagih mmg tak boleh ubat, tp harini makan siakap, tomyam campor and kailan saje. smple. hahahaha!! k lah bye!!

lapo plak!

tonsil oh tonsil

sepanjang hari kat tempat kerja aku sangat lesu. xtahan aircond. sekejap2 aku duduk luar. thank GOD esok bos outstation. Leh aku merambu esok tak tahan ah dok opis. Then, borak2 ngan kak long. Dia ckp..

kalau doc advise suh buang…elok buang
xder ubat urk masalah tonsil kecuali buang jer
anak kaklong yg sulung ni..dh buang dh
kalau tak..asyik demam jer
demam sbb dh kena jangkitan
anak kaklong kena dekat 6k
percayalah..anot akan selamanyer demam dan demam selagi tak buang
sakit kepala kan kalau demam
dh buang pun, still kena pantang
sbb tonsil boleh develope

dia xkan sembuh anot
bukan nak takutkan….ada yg maut tau..sbb tonsil
doctor cakap..bukan kaklong cakap
sbb jangkitan boleh merebak ke saluran hidung dan telinga
yer lah..sbb saluran pernafasan dh kena dan bengkak..tu susah nak napas

aku pergi klinik;

doktor: u lagi.. everymonth u dtg sini.

aku: ape bole buat, demam je.. i pon tensen

doktor: oke, buka mulut i nak cek..

err aku rasa aku baru je buka mulut die pon tak sempat nak letak kayu tu kat lidah, br bukak lampu picit tros tutup balek x jadi suluh lalu ckp…

doktor: tonsil u  besar. tade ubat la, kene makan itu antibiotik lah. Kalau badan u kuat pon tp Lama2 kena hantam, satu masa dia tak bole tahan juga.. itu pasal u demam. Nanti perkara ini akan berulang2 lagi. Yang penting makan antibiotik kasi habis.

aku: Abes tu takkan tetiap bulan saya nak demam je.

doktor: i bgtahu u..  kalau org biasa demam 3 hari, u tonsil demam seminggu. u faham beza org ada tonsil?

anot: patut ah, kekadang demam dh kebah tp sakit perit tu sampai 2 minggu.

doktor: u buang lah.

aku: Sekarang boleh ke?

doktor: aiyoyo, itu hospital lah.

oke. nekad ah. aku nak pegi buang tonsil yg menyusahkan aku ni. Sakit hati. asek2 muke aku pegi klinik. Setiap bulan demam!! Pernah demam dan dua minggu kemudian gua demam lagi. Kau tak hangen ke? Dah la kalo demam, tekak perit gila, jgnkan nak makan, nak ckp, nak telan air liur pon mak oi… rasa nak buang tekak je!!

holiday lagik!!

semalam hari hepi-hepi.
tp x hepi sgtlah.sbb aku x sehat.

sabtu

siang hari adalah membosankan. Selepas selesai mengemas rumah, tido baring maen internet tgk tv.. petang2 sket sepupu-sepupu ipar ajak lepak Pak li, 7 ade hal kononnye. Kol 11, selepas kekasih habes kerja pergi ke sana secara berduet. Ohh semua dh habes makan, perbincangan pon dh selesai.

hasil perbincangan yg aku xsempat hadiri;

  • 11 - 12 Julai, camping kat PD. [setahun kalo xpegi PD 2,3 kali mmg bukan aku la]
  • Masing2 dh ade tugas masing2.
  • Siap nak buat baju segala.

Kul 12 gerak g karaoke kat Hotel Quality tuh. Merendek dalam tu, berjimba, rambu ramba menyanyi cam sedap sgt suara, gelek gerudi cam bagus, memekak, menjerit.. yg dah ade laki pon lupe laki kat rumah. hahahhaha!! Last2 kol 2 blah. Tp x puas hati, rasa nak cont, weekend ni. hahahahha!! Tp yg lenlaen balek, aku n daus [err daus ni pon dah join sepupu2 bboy, maklom la daus ni kan kawan kesayangan bboy], kitorang sambung lepak kat dataran sbb nk jmpe member lama tahun 2007. dh lama gle tak jmpe. Pastu tgh sedap borak, sambung kat rafi plak, kat sana mengimbau2 kenangan lama..

Semua dh la lelaki, aku sorang je pompuan. Oke xpe. Aku boleh layan.. kau nak cite pasal sport rim ke enjin ke aku bole layan tade hal. hahahha!! Kalau ramai2 pompuan baru aku takbleh blah.. entah kenapa. Jiwa perempuan xberapa nak masok ah. hahaha!! Kol 5 pagi gak la br balek, apa nk jadi pon tak tahu lah.

ahad

dh la x sehat mkn plak lamb chop.
hahha!!

ejon yg beria nak pegi gasoline. So kami pon pakat ah nk pegi. Tp last minit ejon ckp xde transport, aku pon memule nak suh bboy drop kat pedana tp die pon last minit ckp, xde mood nk kerja. Oke cantik ah, plak tu die ajak pegi lagoon. Kesian kat ejon, nak amek ejon boleh.. tp kang die nak balek cemana plak?

Last2 ejon ckp ” xpelah, makan nasi dengan telur goreng je” alah siannye. Last2 aku n nieja je makan sama. Balek2 muke hengko. Tapi smalam ko cun ah ja. Sbb solekan mata tu kot. hahahaha!! Aku x jadik pegi lagoon kitorang gerak ke KL. Lepak titiwangsa tunggu sedara2 nye bby tp tak kunjung tiba lantas kami ke PAVILIONNNNNNNNNNNNNNN.. ohh gile, geram sangat2 geram tgk butik2 kat sana. Oke Oke xpe. aku pon dah pokai time pegi Sarawak aritu. Xpe.

Balek dlm kol 8 lebih cari durian, SEKILO RM25. huuu, dh la pepetang tu mak aku call ckp die tgh kutip buah kat umah mak long, adoiyai, aku kat sini nak makan buah kene beli. Bile kat KB bukan kotabharu nak musim buah? Aku tgk dari aritu dok berputik jek tak masak2.. Nak balek, xde cuti 3 hari plak. cait.

Dah makan kambeng, pastu makan durian, bgn2 tido hidung bedarah. Adoiyai, tade mood nak g keje. Bos plak pepagi buta da melepak kat cafe tu. Cisss, aku nak tido pon tak boleh.

kpd semua pembaca,

meh sini aku nk bgtau, sarawak tu best. Sila pergi kesana. Aku ni bkn pencinta barang2 bersejarah, bukan jugak penggemar alam semulajadi sangat, paling2 pon pulau tu bolehla kan. Kpd, orgsarawak, jgn lah sentap sgt, cube befikir di luar kotak, kalau kau datang semenanjung, ko ckp semenanjung x best pon aku tade hal. ahaha. Sarawak kan best sbb tu hari ahad kedai2 semua tutup. Tp pada aku, Sabah tetap dihati. xpe sabah, nantikan kemunculan aku n the geng!! Ske ah tu ejon, sila pergi jadi org sabah la kalo setahun je 3 kali pergi, kalo nak kali ke empat sila pergi join kami nanti. hahhaha. eh lupe plak, Sarawak best. Ko nk jmpe burung enggang datang ah sana. haha.

berita terbaru;

sepupu bby ajak pergi bandung plak awal tahun depan!!
Ya ampun!! dedulu aku igt bby je kaki bejalan,
skali mmg PENYAKIT KETURUNAN,
memang aku ni kerja untuk pergi holiday je lah.
hahahha. xyah kawen ah camni. g oliday je.
hahaha